Memelihara Ukhwah Islamiyah

Information about Memelihara Ukhwah Islamiyah

Published on July 24, 2014

Author: boboynaz

Source: authorstream.com

Content

PowerPoint Presentation: Memelihara Ukhwah I slamiyah Rujuk Buku Teks Muka Surat 116-128 PowerPoint Presentation: Huraian Ringkas Ayat 11-12 Surah Al- Hujurat menjelaskan bahawa Allah S.W.T memberi peringatan kepada orang Mukmin sama ada lelaki atau perempuan supaya Menjaga persaudaraan di antara mereka . Mereka Diingatkan supaya menjauhkan diri dari Perbuatan-perbuatan tercela yang boleh Meruntuhkan ukhwah islamiah iaitu perbuatan Mengumpat , memfitnah , memanggil dengan gelaran Yang buruk , mencari-cari kesalahan dan keaiban Dan sebagainya . PowerPoint Presentation: Sabab Nuzul Menurut ulama ’ terdapat beberapa riwayat yang menjadi sebab Turunnya beberapa ayat dalam surah Al- Hujurat . Antaranya : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُم ْ 1) Menurut 1 riwayat , ayat ini diturunkan kepada Qais Bin Syammas . Beliau seorang lelaki yang kurang pendengaran . Setiap kali beliau Datang menemui Rasulullah S.A.W atau berada dalam majlis Baginda , beliau akan duduk berhampiran supaya dapat mendengar Dengan jelas apa yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. Suatu hari Ketika beliau sampai ke majlis Rasulullah S.A.W didapati semua orang Mengambil tempat masing-masing . Kata Qais kepada seorang lelaki yang berada di situ: “ berilah aku ruang sedikit !” kata lelaki itu kepadanya : “ engkau telah mengangggu majlis ini !” lalu dia duduk dalam keadaan marah . Kemudian Qais bertanya kepada lelaki itu : “ siapakah kamu ?” jawab lelaki tersebut : “ saya fulan ” ( dengan menyebut nama ayah dan ibunya ). Kata Qais : “ kamu anak si fulanah ” ( dengan menyebut gelaran ibu lelaki itu ) sedangkan gelaran tersebut digunakan untuk menghina ibunya pada zaman jahiliyah . Lelaki itu terus menundukkan kepala kerana malu , lalu turunlah ayat tersebut . PowerPoint Presentation: 2) Menurut Addohhaka ayat di atas diturunkan kepada sekumpulan orang daripada Bani Tamim yang mengejek sahabat Rasulullah S.A.W. yang miskin dan selekeh . Kemudian , Turunlah ayat tersebut . Para ulama telah meriwayatkan beberapa sebab diturunkan ayat ini . Antara riwayat itu menyebut bahawa Ummu Salmah telah diejek oleh beberapa orang isteri Rasulullah S.A.W kerana beliau rendah . Kemudian turunlah ayat tersebut . Menurut Ibnu Abbas ayat ini diturunkan kepada salah seorang isteri Rasulullah S.A.W IAITU Sofiyyah Binti Huyaiy Bin Akhtob yang mengadu kepada Rasulullah S.A.W : “ perempuan-perempuan itu menghina saya dan berkata “ wahai perempuan yahudi , anak kepada 2 orang yahudi !” sabda Rasulullah S.A.W : “ mengapa tidak kamu katakan kepada mereka : bapaku Harun , bapa saudaraku Musa dan suamiku Muhammad!” kemudian tueunlh ayat tersebut . وَلا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُن PowerPoint Presentation: وَلا تَنَابَزُوا بِالأَلْقَابِ Menurut Abu Jubairah bin Addhohak katanya diceritakan bahawa terdapat Seorang lelaki di kalangan kami yang mempunyai 2 hingga 3 nama , lalu orang Ramai memanggilnya dengan nama yang tidak disukainya . Maka turunlah ayat Ayat diatas . 2. Menurut Imam Ahmad ketika Rasulullah S.A.W sampai di Madinah , Penduduk-penduduknya mempunyai gelaran-gelaran tertentu dan dipanggil Dengan gelaran tersebut . Mereka memberitahu Baginda bahawa mereka tidak Suka dipanggil dengan gelaran-gelaran tersebut . Maka turunlah ayat diatas . PowerPoint Presentation: وَلا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا Disampaikan Ibnu Munzir daripada Ibnu Juraij katanya : Rasulullah S.A.W beranggapan bahawa ayat tersebut diturunkan Kepada Salman Alfarisi . Dikatakan bahawa suatu hari beliau Telah makan lalu tertidur kekenyangan . Semasa tidur beliau Berdengkur . Orang yang mengetahui perihal makan dan Tidurnya itu menyebarkan kepada orang ramai . Maka turunlah Ayat di atas yang melarang membuka aib orang lain. PowerPoint Presentation: JENIS-JENIS LARANGAN YANG TERDAPAT DALAM AYAT * LARANGAN MENGHINA *LARANGAN MENCELA *LARANGAN MEMANGGIL DENGAN GELARAN YANG BURUK * Larangan buruk sangka * LARANGAN MENGINTIP KESALAHAN ORANG LAIN * Larangan mengumpat PowerPoint Presentation: Mengumpat yang diharuskan Orang yang dizalimi Meminta fatwa 3. memberi peringatan tentang orang-orang Yang fasik 4. Menjauhkan manusia dari terkeliru 5. Memperkenalkan seseorang dengan Gelarannya PowerPoint Presentation: Hikmah L arangan ~ Perbuatan yang dilarang dalam ayat memberi kesan buruk kepada umat . ~ Mengelakkan dari timbul perpecahan dalam masyarakat . ~ Supaya Umat Islam sentiasa hidup tenteram sebagai saudara seagama . PowerPoint Presentation: Perbuatan-perbuatan yang dilarang dalam ayat - Menghina , mencela , memberi gelaran yang tidak baik , buruk sangka , mengintip dan mengumpat . Jalan Penyelesaian Sentiasa Beristighfar dan bertaubat nasuha . Redha dengan kurnian dan nikmat Allah. Mempelajari ilmu-ilmu agama. Akibat Mendapat kemurkaan Allah dan azab di akhirat . Dibenci dan dijauhi oleh orang. Melemahkan umat dan negara . Punca Berlaku Kurang iman dan pengetahuan agama. Mengikut hawa nafsu dan kemarahan . Sombong dan angkuh . PowerPoint Presentation: Kaedah istinbat hukum Perbuatan menghina , mengejek dan memanggil seseorang dengan gelaran Yang buruk adalah haram. Para Ulama ’ telah mengeluarkan hukum Haram terhadap perbuatan tersebut berdasarkan lafaz-lafaz yang digunakan Dalam ayat tersebut iaitu لا يَسْخَرْ , لا تَلْمِزُوا dan لا تَنَابَزُوا . Lafaz-lafaz ini Dalam bentuk larangan yang membawa makna haram. Begitu juga hukum haram Dikuatkan lagi dengan ayat : وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ Iaitu sesiapa yang tidak bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut , maka Allah sifatkan mereka sebagai orang yang zalim . Semua ayat-ayat ini merupakan Amaran keras yang menunjukkan perbuatan tersebut adalah haram. PowerPoint Presentation: 2. Sementara perbuatan prasangka sesama Mukmin , mengintip Dan keaiban serta mengumpat , pengharamannya ditunjukkan Oleh lafaz : اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ وَلا تَجَسَّسُوا Dan وَلا يَغْتَب Semua lafaz ini jelas membawa makna larangan . Larangan mengumpat Dikuatkan lagi dengan membandingkannya dengan perbuatan yang Jijik m emakan daging saudara sendiri . PowerPoint Presentation: Disediakan oleh : AinNaz Radziah Radzi Shahierah Rahim Najihah Idris

Related presentations