MUAMALAT [perkembangan dan peredaran muamalat]

Information about MUAMALAT [perkembangan dan peredaran muamalat]

Published on June 25, 2020

Author: AmaliaSulaiman2

Source: slideshare.net

Content

1. AMALIA SULAIMAN UKM LAW SCHOOL 2020 PERKEMBANGAN DAN PEREDARAN MUAMALAT Ringkasan Latarbelakang Mekah dan Madinah • Mekah- Pusat Perniagaan- hadhari – orang bandar • Madinah- Pusat Pertanian –badwi- orang desa/hidup berpindah randah Jual Beli Pada Zaman Sebelum Islam: dilarang dalam Islam Hablul habalah  Seseorang menjual seekor unta yang masih berada dalam perut ibunya.  Jual beli ini dilarang dalam Islam kerana ada elemen gharar(ketidakpastian).  Asas hukum:  Hadis dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW telah melarang penjualan sesuatu (anak unta) yang masih dalam perut ibunya.(Riwayat Bukhari dan Muslim) *DARI ANAS RA BAHAWA NABI MUHAMMAD SAW TELAH MELARANG JUALBELI MUHAQALAH, MUKHADARAH, MULAMASAH, MUNABAZAH DAN MUZABANAH. (RIWAYAT BUKHARI). Muhaqalah • menjual tanam-tanaman yang masih di ladang atau disawah . • Dilarang kerana ada gharar- padi akan menjadi atau sebaliknya. Mukhadarah • Menjual buah-buahan yang belum masak • Nabi Muhammad SAW melarang penjualan anggur sebelum hitam (matang) dan biji- bijian sebelum masak.(Al kahlani, Subulussalam, ms 47) • Jualbeli tidak sah kerana ada gharar- ketidakpastian kualiti di masa depan. Mulamasah • Jualbeli secara sentuh menyentuh • Seseorang yang menyentuh sebuah produk dengan tangan di waktu malam atau siang , maka seisapa yang menyentuh produk tersebut dia dianggap telah membelinya. • Ia dilarang kerana ada gharar. Tidak jelas kerana produk apa yang disentuh.

2. AMALIA SULAIMAN UKM LAW SCHOOL 2020 Munabazah • Jual beli secara lempar melempar/ baling membaling sehingga objek barang tidak jelas dan tidak pasti, apakah barang A, B atau C atau yang lain. • Seperti seorang berkata: “Baling pada saya apa yang ada pada awak, nanti saya baling pula pada awak apa yang ada pada saya. Setelah terjadi upacara baling, maka terjadilah jual beli. • Ia dilarang kerana gharar (ketidakpastian) Muzabanah • Menjual buah-buahan atas pokok yang belum masak dan diserahkan apabila masak. • Jualbeli ini dilarang kerana buah atas pokok tidak boleh dipastikan kualiti dan kuantitinya. Nabi Muhammad SAW melarang jualbeli ini kerana bimbang salah satu pihak akan rugi. • Ia juga dilarang kerana ada elemen gharar (ketidakpastian) Hashah • Jual beli batu kerikil di mana pembeli menggunakan batu kerikil dalam jualbeli. Batu tersebut dilemparkan kepada pelbagai macam barang penjual. Batu yang terkena pada mana-mana barang akan dibeli dan ketika itu terjadilah jualbeli. • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa nabi Muhammad SAW melarang jualbeli hashah dan jual beli gharar. • Jualbeli ini ada gharar kerana sifatnya yang tidak pasti. Madhamin dan Malaqih • bay’ al madhamin ialah menjual sperma haiwan . Sipenjual membawa haiwan jantan kepada haiwan betina untuk disenyawakan. Anak haiwan dari hasil persenyawaan itu adalah milik pembeli. • Bay’ al malaqih ialah menjual janin haiwan yang masih dalam kandungan.

3. AMALIA SULAIMAN UKM LAW SCHOOL 2020 Jualbeli hutang-bay’ al dayn dan bay’ salam BAY’ AL DAYN HUKUM BAY’ SALAM Hutang wang Harus Hutang Barang Jual beli di mana pembeli menerima barang pada masa kontrak tetapi bayaran tertangguh Jual beli di mana pembeli menyerahkan wang semasa kontrak tetapi penerimaan barang tertangguh Larangan: Jualan hutang dengan hutang (Bay’ al kali bi alkali) • Jualbeli hutang boleh berlaku antara penghutang dan pemiutang atau penghutang dengan pihak ketiga. Jual beli juga boleh berlaku secara tunai atau jual beli hutang dengan hutang. • Jual beli hutang dengan hutang . Jual beli ini adalah haram dan ulamak sepakat mengharamkannya, sama ada jual beli kepada pemiutang atau kepada pihak ketiga. • Hal ini berdasarkan apa yang telah diriwayatkan oleh Imam ath-Thahawi rohimallah dalam kitub Syar Ma'anil Autsar dari Abdullah bin Umar. ra ia berkata : • ‫بالكالى‬ ‫الكال‬ ‫بيع‬ ‫عن‬ ‫نهى‬ ‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫هللا‬ ‫صلى‬ ‫النبى‬ ‫ان‬ • "Bahwa Nabi SAW melarang menjual hutang dengan hutang “ Jual beli hutang secara tunai: dibolehkan dengan syarat Para ulama berselisih pandangan , namun pihak yang membenarkan meletakkan beberapa syarat 1. Jual beli tersebut tidak menyebabkan berlakunya perkara yang dilarang seperti riba, gharar dan sebagainya. Justeru, sesuatu hutang itu mestilah hutang yang boleh dijual (bukan berasal dari pinjaman). 2.Hutang bukan daripada jual beli makanan (jenis makanan ribawi – makan ruji- beras , gandum) 3.bayaran hendaklah bukan emas sekiranya hutang adalah perak utk mengelak riba al nasiah- penyerahan penangguhan barang. 4. Hutang tersebut ialah hutang “mustaqir “ iaitu yang hutang yang tetap tanggungan pembayarannya.

4. AMALIA SULAIMAN UKM LAW SCHOOL 2020 Bay’ al Jizaf • Jualbeli sesuatu berdasarkan maklumat umum terhadap sesuatu barang yang dibelinya, tanpa diketahui secara tepat kadarnya sama ada sukatan atau timbangan. Contohnya selonggok jenis barang makanan, bijirin atau buahan. • Contoh: Setandan pisang tanpa diketahui berat, selonggok ikan tanpa diketahui berat… Jualbeli najis haiwan: dilarang dalam Islam Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan RasulNya mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan patung. Maka ditanya, “wahai Rasulullah , tidakkah tuan tahu lemak bangkai boleh digunakan untuk mengecat kapal, meminyakkan kulit-kulit, dan dijadikan bahan bakar pelita untuk keguanaan manusia?Rasulullah SAW menjawab, :Tidak, ia haram. Kemudian Rasulullah SAW berkata, “Allah memerangi orang Yahudi kerana ketika mana Allah SWT mengharamkan lemak-lemaknya, mereka mencairkannya, kemudian menjualnya dan memakan hasil jualan tersebut. (Diriwayatkan oleh 6 Sunan). - Hadis di atas jelas melarang kita mendekati perkara bernajis. PENGECUALIAN ALTERNATIF ISU BAJA Rujuk: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4485-al-kafi-1716-hukum-jual-beli-baja- daripada-najis-haiwan Para ulama Syafi’eyyah lain telah memberikan alternatif dan jalan keluar untuk membolehkan jual beli baja ini diharuskan, iaitu dengan menamakan akad atau kontrak itu dengan istilah naql al-yad, atau menggugurkan hak atas pemilikan dengan gantian sejumlah wang tertentu. Kata Imam al-Syarwani dan Imam Ibrahim al-Baijuri: ‫فيقول‬ ،‫بكذا‬ ‫هذا‬ ‫من‬ ‫حقي‬ ‫أسقطت‬ :‫له‬ ‫المستحق‬ ‫يقول‬ ‫أن‬ ‫وطريقه‬ ،‫الوظائف‬ ‫عن‬ ‫النزول‬ ‫في‬ ‫كما‬ ‫بالدراهم‬ ‫النجس‬ ‫عن‬ ‫اليد‬ ‫نقل‬ ‫ويجوز‬ ‫قبلت‬ :‫اآلخر‬ Maksudnya: Diharuskan menukar pemilikan (naql al-yad) pada perkara-perkara najis dengan dirham (wang) sepertimana dalam hukum melepaskan jawatan; dan kaedahnya ialah dengan pemilik najis itu berkata “Aku menggugurkan hak aku daripada barang ini dengan harga sekian sekian”, dan pihak yang satu lagi pula berkata: “Aku terima”. (Rujuk Hasyiyah al-Syarwani ‘ala Tuhfah al-Muhtaj 4/235 dan Hasyiyah a-Baijuri ‘ala Syarh al-Ghazi 1/42. Hal yang serupa turut disebut oleh Imam al-Bujairimi dalam Tuhfah al-Habib ‘ala Syarh al-Khatib, 3/4 dan 3/60)

5. AMALIA SULAIMAN UKM LAW SCHOOL 2020 Bahkan menurut ulama mazhab Hanafi, jual beli baja adalah halal dan akad tersebut dikira sah. Menurut Imam al-Nawawi, ulama mazhab Abu Hanifah berpandangan demikian kerana najis haiwan itu boleh dimanfaatkan, maka ia diharuskan untuk jual beli sepertimana barangan yang lain. (Rujuk Radd al-Muhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar 6/385) Selain itu, pengambilan keuntungan melalui industri baja juga boleh dilakukan melalui akad atau kontrak ijarah, iaitu pengambilan upah ke atas sesuatu perkhidmatan. Contohnya, upah diberi kepada pemilik baja atas dasar upah mengumpul, memaket, mengangkut dan menguruskan baja tersebut. Talaqqi Rukban • Jualbeli ini dilakukan orang oleh orang tengah yang membeli barangan petani sebelum petani tersebut memasuki bandar dengan memperdayakannya bahawa harga jualan di bandar adalah murah. Jual beli ini adalah sah tetapi haram. • Nabi Muhammad SAW melarang perbuatan ini di mana baginda melarang orang tengah untuk membeli barangan orang desa dengan niat menghalang orang desa mengetahui harga pasaran. Sahih Muslim, No. 1521 ISU PERSOALAN LAIN: Jual beli palsu bertujuan menaikkan harga (Bay’ annajsy) • Caranya, penjual melantik seseorang untuk berpura-pura membuat tawar menawar dengan harga yang tinggi, sebagai helah supaya pelanggan lain meletakkan harga yang lebih tinggi. Jual beli ini adalah sah dan sukar dikawal, tetapi hukumnya haram terhadap penjual tersebut kerana ada unsur penipuan. • Larangan ini jelas diungkapkan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud. “ Nabi melarang daripada jual beli najsy.)Riwayat Bukhari dan Muslim. Berkontrak ketika azan sehingga solat jumaat • Hukumnya adalah sah tetapi berkisar antara makruh dan haram. • Kontrak kerap berlaku dalam kalangan masyarakat Islam lelaki yang bekerja iaitu mereka pergi membeli makanan atau makan tengahrai di Restoren sehingga azan berkumandang.

6. AMALIA SULAIMAN UKM LAW SCHOOL 2020 • Sekiranya pembelian dibuat selepas azan tetapi sebelum imam naik mimbar membaca khutbah, hukum jual beli adalah makru. • Tetapi, jika pembelian terlajak sehingga imam menaiki mimbar , maka jual beli tersebut adalah haram walaupun ianya sah. Jual beli melalui internet • Dalam konteks hari ini, jual beli internet adalah haram dan dilarang jika terdapat unsur penipuan dan gharar yang besar. • Kejahilan atau ketidakupayaan mengenalpasti pihak yang berkontrak (khususnya penjual) juga boleh menjadikan seseorang terlibat dalam larangan berkontrak pada perkara yang gharar dan jahalah (ketidatahuan). • Ketidaktahuan (jahalah) terhadap barang jualan juga menyebabkan kontrak menjadi batil dan haram. • Dalam banyak kes, gambar yang ditunjukkan menggambarkan baranng berjualan bersaiz besar tetapi secara reality adalah sebaliknya. Hukumnya harus membuat laman web perniagaan dengan syarat: 1. perniagaan tidak terlibat dengan perkara haram serta tidak menggunakan langkah-langkah yang haram ketika menjual perkara yang harus dijual; 2. Proses urus niaga yang mengikut syarak dan peraturan. Antara yang diharuskan ialah buka akaun, buat pindahmilik wang, pembelian Akad diinternet : - Majlis kontrak melalui internet berlaku dan sah apabila: 1. Percakapan dua pihak atau percakapan dan gambar kedua pihak; 2. Berkontrak melalui tulisan atau emel atau lama web 3. Berlaku ijab dan qabul online 4. ketika urusniaga belian lelong diinternet, pihak yang melafazkan ijab tidak berhak menarik balik persetujuan terhadap harga yang dipersetujui sehinggalah habis majlis lelongan tersebut.

7. AMALIA SULAIMAN UKM LAW SCHOOL 2020 JUALBELI BERASASKAN RIBA’ Riba’-interest-faedah Surah ar Rum :39 yang bermaksud: “dan apa-apa wang yang kamu berikan dengan riba(tambahan bunga), agar bertambah banyak harta manusia,maka tidaklah wang itu bertambah banyak di sisi Allah. Dan apa-apa (zakat) yang kamu berikan(kepada orang), kerana menghendaki keredaan Allah, maka itulah yang berlipatganda.” Takrif Riba’: • Perkataan Arab ertinya pertambahan, kesuburan • AlSarakhsi: pertambahan • Hanafi: lebihan bayaran dalam pertukaran harta • Shafii: satu kontrak pertukaran harta yang tertentu yang tidak diketahui ada persamaan nilainya mengikut syarak atau berlaku penangguhan penyerahan antara dua harta yang dikontrakkan atau salah satu daripadanya. • Hanbali: Ada lebihan dalam pertukaran sesuatu, atau ada penangguhan bayaran dalam pertukaran barang-barang tertentu. Kontrak riba mengandungi 3 unsur: 1. Tambahan atau lebihan dari yang sedia ada ke atas modal pinjaman 2. Penentuan tambahan berhubung masa 3. Persetujuan menjadi syarat ke atas bayaran tambahan yang ditentukan sebelumnya oleh sipemberi hutang ke atas orang yang berhutang. RIBA JUALBELI (AL BUYU’U) Lebihan yang tidak setara tukarannya mengikut ukuran yang diakui oleh syarak Riba al Fadl lebihan: pertukaran barang ribawi sama jenis secara tunai beserta dengan tambahan salah satu tukaran tersebut Riba al Nasi’ah tangguh: pertukaran barang ribawi sama jenis secara tangguh

8. AMALIA SULAIMAN UKM LAW SCHOOL 2020 RIBA PINJAMAN/HUTANG (AL-DUYUN) Lebihan/ tambahan keatas harta pokok tanpa mengikut kontrak jualbeli Riba al-qard tambahan keatas hutang yang dibuat semasa kontrak Riba al-Jahiliyyah tambahan keatas hutang kerana menangguh pembayaran (setelah tiba tempoh matang). JUAL BELI DALAM ISLAM • Murabahah (Jual beli dengan keuntungan) • Salam (Jualan dengan barang tertangguh) • Bai Bithaman Ajil (Jual beli dengan harga tertangguh) • Istisna’(Jualan secara tempahan) • Sarf ( kontrak tukaran wang) • Qardul Hasan (pinjaman kebajikan)

Related presentations


Other presentations created by AmaliaSulaiman2

FAMILY LAW [betrothal notes]
08. 06. 2020
0 views

FAMILY LAW [betrothal notes]

TORT II [strict liability notes]
08. 06. 2020
0 views

TORT II [strict liability notes]

TORT II [defamation notes]
08. 06. 2020
0 views

TORT II [defamation notes]

FAMILY LAW  [domicile notes]
08. 06. 2020
0 views

FAMILY LAW [domicile notes]

TORT II [remedy notes]
08. 06. 2020
0 views

TORT II [remedy notes]

TORT II [nuisance notes]
08. 06. 2020
0 views

TORT II [nuisance notes]

Page v Smith [1995]
08. 06. 2020
0 views

Page v Smith [1995]